Wednesday, March 7, 2012

Senggugut

Assalamualaikum
holla kawan2!

Masa hari Rabu (7 Mac) hari tu fara MC..sebab apa? sebab tak sihat macamane? demam ke?batuk ke?selsema ke? owhhhh no..no..no..totally salah..hehe! MC because of Period Pain yang melampau =( ni nak habaq mai sedikit info yang berkenaan =) check it out girlsssss!!

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Haid atau menstruasi adalah keluarnya darah dari vagina kerana luruhnya lapisan dinding rahim yang banyak mengandungi pembuluh darah. kebanyakkan senggugut berlaku apabila lapisan dinding rahim ini runtuh.

Ramai daripada kaum wanita merasa tidak selesa semasa tempoh ini, dan lebih separuh daripada mereka mengalami kesakitan untuk satu atau dua hari setiap bulan. inilah punca nombor SATU wanita TIDAK HADIR ke sekolah dan TEMPAT KERJA.(macam kes Fara.hehe!)

senggugut yang kuat sehingga membatalkan aktiviti yang biasa anda buat dikenali sebagai
"DISMENOREA". Dalam kebanyakkan kes, ia boleh dirawat. Antara gejala dismenorea termasuklah kejang dan sakit di bahagian bawah perut atau belakang, bahagian dalam paha rasa seolah ditarik-tarik, cirit-birit, muntah-muntah, sakit kepala dan pening.

Seseorang itu lebih kemungkinan mengalami sakit menstruasi jika mereka :
  1. mempunyai darah haid yang banyak. me =(
  2. merokok
  3. minum alkohol
  4. mula baligh lebih awal (kurang daripada usia 11 tahun), atau
  5. jika tempoh menstruasi mereka lebih daripada lima hari

Antara langkah-langkah yang boleh di ambil untuk mengurangkan kesakitan menstruasi adalah:

  1. berzikir, cuba bertenang, jangan fokuskan kepada sakit
  2. bersenam
  3. yoga
  4. dapatkan tidur yang cukup
  5. makan makanan yang mengandungi Thiamina (vitamin B1). Thiamina terdapat di dalam bijirin sarapan, kekacang dan daging. Vitamin B6 dan kalsium juga mungkin membantu.
  6. gunakan pad panas atau mandi menggunakan pancuran air hangat. Pad panas boleh dibuat sendiri dengan membalut botol berisi air panas dengan tuala.
  7. rendam hirisan halia di dalam segelas air panas. biarkan ia sejuk, kemudian minum. halia membantu merehatkan otot rahim.
  8. urut di bahagian perut, belakang dan pinggang untuk merehatkan otot di bahagian tersebut.
  9. mengambil pil tahan sakit bersesuaian sebaik sahaja mula dirasai. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  10. pil perancang dan lain-lain kaedah kawalan konstrasepsi menggunakan hormon membantu mengawal lapisan dinding rahim jadi kurang prostaglandin dihasilkan; kurang prostaglandin bermakna kurang kontraksi dan kuranglah sakit.
  11. acupressure dan akupuntur.
  12. minum air kurma merah setiap hari. ia akan melancarkan perjalanan darah dan memberi tenaga bagi wanita yang sedang haid.

Berjumpalah doktor jika kesakitan semasa haid adalah sangat kuat atau lebih daripada dua atau tiga hari. anda juga hendaklah berjumpa dengan doktor jika anda :

  • mengalami demam (selalu terjadi kat fara) :(
  • darah haid berbau busuk
  • discaj pada vagina yang luar biasa atau banyak
  • haid anda lambat selama seminggu atau
  • kesakitan ini datang bukan pada waktu haid.

*ubat-ubatan dan MC certificate

*si pesakit


ok, lepas dah makan ubat tu semua, fara kena take over tugas ibu.. kena jaga Baby Ecah.. sebab ibu tengah kemas2 rumah. nasib baik tugas fara just bagi susu je.. haipppp!!! jgn pikir bukan2 yeee pasal bagi susu tu..hehe!! take a look!

Nota Kaki :

  • masa kat clinic tu (Klinik Kesihatan AU2 Keramat), jururawat tu boleh pulak suka2 hati panggil fara as 'FAIZAH NADHIRAH'! mula2 tu ignore je lah kan..ingatkan pesakit lain punya nama..last2, nurse tu jerit ' ADIK! NI HAA AMBIK MC!' maunye tak terkejut aku! kalau yee pun panggil lah elok2 kan.. sebab fara memang tak tau sape empunya name tu.. lagi satu, yang tak boleh blah, dia tulis nama kat sijil MC tu as 'FAIZAH NADHIRAH BINTI RIDZUAN'. dahlah panggil nama salah, pastu tulis nama pun salah.. lagi lah bertambah bengang.. lepas tu, fara ckp kat nurse tu, 'akk, nama saya ni salah.. bukan FAIZAH but, FARAH'. *sambil senyum sinis. blah.
  • wore t-shirt I LOVE NEW YORK.. thank Yaya! ('',)


tata!

0 comments:

Post a Comment