Monday, March 12, 2012

Tahukah Anda?

Assalamualaikum
hye korang!

Good to know : Dutch Lady Milk!
  • 2 servings provide 14g of protein per day.
  • protein helps build body tissues and it is essential for growth and development.
  • calcium helps build strong bones and teeth.
  • vitamin B2, is needed for the release of energy from carbohydrates, protein and fats in your food.*agar jadi sihat dan kuat! =)

minumlah Dutch Lady!
sedapppppp u olls!
*terdapat juga dalam tiga perasa :
coklat, strawberry and susu =)


tata!

Wednesday, March 7, 2012

Senggugut

Assalamualaikum
holla kawan2!

Masa hari Rabu (7 Mac) hari tu fara MC..sebab apa? sebab tak sihat macamane? demam ke?batuk ke?selsema ke? owhhhh no..no..no..totally salah..hehe! MC because of Period Pain yang melampau =( ni nak habaq mai sedikit info yang berkenaan =) check it out girlsssss!!

Sakit ketika datang haid atau senggugut adalah satu masalah yang biasa dialami oleh wanita dan lazimnya dialami oleh gadis yang baru meningkat remaja. Keadaan ini digelar " primary spasmodic dysmenorrhea" dan tidak semestinya menandakan sesuatu penyakit. Haid atau menstruasi adalah keluarnya darah dari vagina kerana luruhnya lapisan dinding rahim yang banyak mengandungi pembuluh darah. kebanyakkan senggugut berlaku apabila lapisan dinding rahim ini runtuh.

Ramai daripada kaum wanita merasa tidak selesa semasa tempoh ini, dan lebih separuh daripada mereka mengalami kesakitan untuk satu atau dua hari setiap bulan. inilah punca nombor SATU wanita TIDAK HADIR ke sekolah dan TEMPAT KERJA.(macam kes Fara.hehe!)

senggugut yang kuat sehingga membatalkan aktiviti yang biasa anda buat dikenali sebagai
"DISMENOREA". Dalam kebanyakkan kes, ia boleh dirawat. Antara gejala dismenorea termasuklah kejang dan sakit di bahagian bawah perut atau belakang, bahagian dalam paha rasa seolah ditarik-tarik, cirit-birit, muntah-muntah, sakit kepala dan pening.

Seseorang itu lebih kemungkinan mengalami sakit menstruasi jika mereka :
  1. mempunyai darah haid yang banyak. me =(
  2. merokok
  3. minum alkohol
  4. mula baligh lebih awal (kurang daripada usia 11 tahun), atau
  5. jika tempoh menstruasi mereka lebih daripada lima hari

Antara langkah-langkah yang boleh di ambil untuk mengurangkan kesakitan menstruasi adalah:

  1. berzikir, cuba bertenang, jangan fokuskan kepada sakit
  2. bersenam
  3. yoga
  4. dapatkan tidur yang cukup
  5. makan makanan yang mengandungi Thiamina (vitamin B1). Thiamina terdapat di dalam bijirin sarapan, kekacang dan daging. Vitamin B6 dan kalsium juga mungkin membantu.
  6. gunakan pad panas atau mandi menggunakan pancuran air hangat. Pad panas boleh dibuat sendiri dengan membalut botol berisi air panas dengan tuala.
  7. rendam hirisan halia di dalam segelas air panas. biarkan ia sejuk, kemudian minum. halia membantu merehatkan otot rahim.
  8. urut di bahagian perut, belakang dan pinggang untuk merehatkan otot di bahagian tersebut.
  9. mengambil pil tahan sakit bersesuaian sebaik sahaja mula dirasai. sila dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu.
  10. pil perancang dan lain-lain kaedah kawalan konstrasepsi menggunakan hormon membantu mengawal lapisan dinding rahim jadi kurang prostaglandin dihasilkan; kurang prostaglandin bermakna kurang kontraksi dan kuranglah sakit.
  11. acupressure dan akupuntur.
  12. minum air kurma merah setiap hari. ia akan melancarkan perjalanan darah dan memberi tenaga bagi wanita yang sedang haid.

Berjumpalah doktor jika kesakitan semasa haid adalah sangat kuat atau lebih daripada dua atau tiga hari. anda juga hendaklah berjumpa dengan doktor jika anda :

  • mengalami demam (selalu terjadi kat fara) :(
  • darah haid berbau busuk
  • discaj pada vagina yang luar biasa atau banyak
  • haid anda lambat selama seminggu atau
  • kesakitan ini datang bukan pada waktu haid.

*ubat-ubatan dan MC certificate

*si pesakit


ok, lepas dah makan ubat tu semua, fara kena take over tugas ibu.. kena jaga Baby Ecah.. sebab ibu tengah kemas2 rumah. nasib baik tugas fara just bagi susu je.. haipppp!!! jgn pikir bukan2 yeee pasal bagi susu tu..hehe!! take a look!

Nota Kaki :

  • masa kat clinic tu (Klinik Kesihatan AU2 Keramat), jururawat tu boleh pulak suka2 hati panggil fara as 'FAIZAH NADHIRAH'! mula2 tu ignore je lah kan..ingatkan pesakit lain punya nama..last2, nurse tu jerit ' ADIK! NI HAA AMBIK MC!' maunye tak terkejut aku! kalau yee pun panggil lah elok2 kan.. sebab fara memang tak tau sape empunya name tu.. lagi satu, yang tak boleh blah, dia tulis nama kat sijil MC tu as 'FAIZAH NADHIRAH BINTI RIDZUAN'. dahlah panggil nama salah, pastu tulis nama pun salah.. lagi lah bertambah bengang.. lepas tu, fara ckp kat nurse tu, 'akk, nama saya ni salah.. bukan FAIZAH but, FARAH'. *sambil senyum sinis. blah.
  • wore t-shirt I LOVE NEW YORK.. thank Yaya! ('',)


tata!

Fake Eyelashes.

Hallo cik fara!~ wah2 bukan main yaya g OBERSEA taw uolls. haha! sgtla best i tgk ok.

btw just nak share pasal BULU MATA PALSU atau FAKE EYELASHES yang selalu org pakai and paling banyak model muslimah kan. yang ajar pakai make up and photoshoot semua.
asalnya tujuan iolls nak search hukum MELENTIKKAN BULU MATA sebab first time nak buat. then last2 jumpa pakai eyelashes. Hukumnya HARAM. so untuk share dan peringatan sesama kita. ada fakta untuk dikongsi yerrr. so bacala walau hanya seminit.

Sumber copy dari LINK ini.

Pertanyaan :
Dewasa ini terdapat bulu mata buatan yang disusun dengan rapi seperti layaknya bulu mata asli yang dipakai oleh orang yang memiliki bulu mata yang pendek atau bulunya jarang atau setelah dipendekkan yang dipakai pada saat tertentu, dan setelah acara selesai, bulu mata tersebut dicabut kembali, bagaimana hukum hal tersebut ? Kiranya Syaikh berkenan memberikan fatwa kepada kami .


Jawapan :
Adapun yang dimaksud dengan bulu mata adalah bulu yang tumbuh di atas pelupuk mata. Di mana Allah Subhanahu Wata’ala telah menumbuhkannya sebagai pelindung kedua mata dari debu dan kotoran, sehingga bulu itu terdapat pada mata semenjak lahir. Sebagaimana bulu itupun terdapat pada mata binatang, dimana keadaannya itu tetap tidak terlalu panjang dan tidak terlalu pendek, jika ia dihilangkan, niscaya ia akan tumbuh lagi. Akan tetapi sebagian orang terkadang pelupuk matanya terkena sesuatu penyakit yang menuntut bulu matanya dibuang untuk meringankan penyakitnya. Menurut hemat saya, tidak diperbolehkan memasang bulu mata buatan (palsu) pada kedua matanya, karena hal tersebut sama dengan memasang rambut palsu, dan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wasallam melaknat wanita yang memasang dan yang minta dipasangi rambut palsu. Jika Nabi telah melarang menyambungkan rambut dengan rambut lainnya (memasang rambut palsu) maka memasang bulu mata pun tidak boleh. Juga tidak boleh memasang bulu mata palsu karena alasan bulu mata yang asli tidak lentik atau pendek. Selayaknya seorang wanita muslimah menerima dengan penuh kerelaan sesuatu yang telah ditakdirkan Allah, dan tidak perlu melakukan tipu daya atau merekayasa kecantikan, sehingga tamak kepada sesuatu yang tidak dimilikinya, seperti memiliki pakaian yang tidak patut dipakai oleh seorang wanita muslimah. Hanya Allah Yang Maha Mengetahui. Shalawat dan salam semoga dicurahkan kepada Nabi Muhammad Shallallahu ‘Alahi Wasallam, kepada keluarganya dan para sahabatnya .

( Disampaikan dan didiktekan oleh Syaikh Abdullah Bin Abdurrahman al-Jibrin )


Sumber : Fatwa-Fatwa Terkini jilid 3, hal.80-81 cet, Darul Haq, Jakarta. Diposting oleh Yusuf Al-Lomboky

So untuk lebih jelas,ada video yang menerangkan hukum bulu mata palsu untuk didengar dari Ust. Azhar Idrus dan Dr.Asri.
*Just click kat nama untuk ke link video.

Monday, March 5, 2012

Paling Comel.

Assalamualaikum
Hye korang semuaaaaaaa!

ok, seperti yang korang sedia maklum adik fara si Yaya tu dah selamat pun sampai ke tanah air.. ecececehhh! (jgn nak show off sangat fara oooi)

pukul 10 lebih :
keluar dari rumah untuk menuju ke KLIA


10.30pm :
budak2 Permata Seni dah keluar dari arrival hall

11.00pm :
sampai airport. kesian Yaya kena tunggu sekejap(nasib baik ada cikgu yang temankn skejap sementara nk tunggu kitorang sampai). actualy, kitorang sampai lambat sebab wait abah habis kerja..

lepas dah angkut semua luggage and barang2 tu bawak masuk bonet, terus speed se'maksima' mungkin untuk balik rumah..dari KLIA to Setiawangsa..

12.00am :
sampai rumah. sekali lagi gagahkan diri untuk bawak beg2 tu sume bagai naik tangga..sangat extreme sebab kena bersabar naik tangga sambil mata yang sangat kuyu.mengantuk sangat..

then, lepas dah letak barang2 semua, mata kembali segar bugar.. nak tau sebab apa? sebab Yaya cakap, dia ada belikan untuk kitorang something..haruslah ada untuk kitorang kan.. yeayyyyy!* lompat2!

12.10am :
ok, now! aktiviti 'terjah' pun bermula.. sanggup tak nak tunggu esok untuk mulakan operasi.. terus selongkar beg=) godek punya godek, maka terjumpa lah harta karun seperti yang di bawah ini..layannnnnz :

*baju2 untuk kakak2 katanya

*tugu negara katenye
*tote bag yang sangat comel!

*baju untuk herself and gifts untuk nenek/ aunty2/uncle2/cousin2/kawan2 katenye

*ashtray untuk abah katenye


ibu cakap, Yaya pandai shopping kat sana..hadiah2 yang dia beli pun ok je.. yelaaaa ibu risau jugak if yaya pergi beli benda bukan2 ke kan..nanti ntah ape2 yang dia dok borong nanti..tak ke membazir namanya tu..
lepas tu, fara tanya kat dia : 'Ya, balance duit tinggal berape?'
dengan selamba je dia jawab : 'Kita tak sure lah..sebab tinggal duit syiling je'..
fara : sob..sob..sob=(
mula2 tu niat di hati memang dah aim untuk tanya berapa $US yang tinggal..
(sebab nak tukar kat money changer balik..tukar duit malaysia balik oooi).. hehe! tapi, hampeh..tak berjaya..
moral of the story is: * Jangan ambil hak orang..berdosa..=)


{antara barang2 yang telah dibeli oleh budak Yaya ni adalah seperti beberapa helai t-shirt (I LOVE NEW YORK), mug, fridge magnet, pen, pencil, ashtray, chocolates, jelly, skinny, tote bag,porch,keychain, etc)

tq YAYA!!!
motif muka camtu kenapa Ya oiiii?

tata!



Sunday, March 4, 2012

Begini Caranya

Assalamualaikum
hye kawan2!

BEGINI CARANYA

Aku tak bisa mengatakan perkataan
Kelu lidah bila berdepan kamu
Percaya pada naluri hatiku
Yang nyata sudah ada depan mata

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

*c/o
Aku tahu dimana nak cari cintamu

Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

Tapi aku masih belum mengenalmu
Untuk menikmati rasa sebenar-benar cinta

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Aku tahu dimana nak cari cintamu
Disini tak mungkin mengalah
Dengan apa yang mendatang

Yang ku tahu ku cuba terbaik untukmu
Yang indah jadikan kenangan
Yang duka perbetulkan

Ini caranya bagi diriku
Caranya bagi diriku

*P/S :comel sangat2 lagu ni!=)
paduan suara yang sangat best+comel

*thanx to Abg Syak sebab bagi kite dengar lagu ni..1st time dengar dah jatuh cinta! Awwww! ^_^
*

si dia tengah khusyuk dengar lagu yang comel=)
venue : SwissOven



Tata!

Wednesday, February 29, 2012

Goodbye Malaysia!

Assalamualaikum
hye gadis2 kesayangan! :)

hamboiiiii dek nonnn..tajuk bukan main lagi eyh.. Goodbye Malaysia katanyeee!hehe.. ok2, actually entry ni special dedicated to my youngest sister, YAYA..kenapa dengan yaya? It's because of Yaya telah terpilih mewakili Permata Seni Group(KOIR) di dalam festival yang akan berlangsung di NEW YORKKKK! perghhhhh!!! pergi NY? ok, mood: jelouse!

oklah kawan2, layankan gambar2 di bawah ni dulu:


gambar2 masa diorang berkumpul di Istana Budaya


bekalan dalam bas katenye

briefing for parents
Nurul Safiah

budak2 ni semua akan berada di NY lebih kurang seminggu jugak..from 26th Feb-5th March 2012..sampai Malaysia on 5th March.. oklah adik2 Permata Seni sekalian, all the best to u guys!
Proud to be Malaysian! tibe2=)

gonna miss u Yaya! erkkkk!

ok,bye!

Monday, February 27, 2012

Cinta Lokasi

Assalamualaikum
hye u olls!

ok, ingat lagi tak dengan my previous entry yang fara cakap nk share something tu?
ok, ni nak habaq mai lah ni..pasal cinta.. hamboi3 dek nonnnn!
entry kali ni ada kesinambungan dengan entry yang lepas..

ok2, dari PLKN lah fara bertemu cinta dengan mr. bf! oh nooo!
yes! fara kenal and jumpa dengan syak memang masa kitorg kat dalam kem..
satu kem..tapi lain2 company..syak from Alpha and fara from Bravo..

eyh, lupa pulak..nama gerek kmk(kamek) : syak..from Limbang, Sarawak.. hambekkk kau dapat orang jauh..hehe! perkenalan kitorang singkat sangat2 masa dalam kem tu..macamane fara kenal and tau dia?ok, masa kat kem tu fara ada sorang kawan rapat.her name is Ayu..Ayu lah yang selalu cerita pasal budak2 company Alpha ni..Ayu and Syak satu company..Ayu selalu mengadu boys dalam group tu selalu mengusik..and one day, Ayu told me that ade sorang mamat ni mengade2 letak nama kat nametag dia as 'Syakira'..girls name..fara ape lagi..excitedlah nak tau siapa tuan empunya badan tu..

tup..tup..bila dah dapat tau tuan empunya diri, ni ke gerangan si 'Syakira' tu? memang muka budak nakal! rupe2nye Syak lah yang guna nickname tu..haihhh. ntah macamane kitorang berkawan..bertukar2 no.phone..berbalas2 mesej..akhirnya sampai terbit rasa cinta..chewahhhhh! hehe! thanked to Ayu sebab kenalkan kami dua..tq syg! =)

sepanjang kat kem tu, kami buat macam biasa je..takdelah sampai nak show off that we're couple kn..over lah tu..kitorang pandai cover line..baik punya..hehe!hubungan kitorang berlanjutan sampai lah ke hari yang terakhir di kem..memang sedih sangat nak tinggalkan kawan2..tinggalkan cikgu2..tinggalkan si dia=( but, what to do..have to accepted it..sekembalinya fara kat KL, kitorang still keep in touch..still contact/mesej each other..sayang oooii..hehe!

and u know what? selama 3 tahun lebih kitorang couple jarak jauh..masa 11 March 2007 tu lah lastday kitorang jumpa masa kat kem..sob..sob..sob.. and, tanggal 23 Julai 2010, for the first time kitorang jumpa balik! suka dek nonnnnnnnn! jumpa kekasih hati..hehe! Alhamdulillah relationship kitorang dah 5 tahun..aminnn..


Si dia from Alpha


Tuan empunya badan from Bravo


peace!

KAMEK SAYANG KITAK! <3