Monday, February 27, 2012

National Service Training Programme..

Assalamualikum
Hye kawan2 kesayangan!
apa kabar semuanya? =)

actually entry ni fara just nak share pengalaman fara mase di PLKN 5 years ago..lama x lama jugak lah kn..hehe! tibe2 rasa macam rindu tahap cipan when i was in camp..just untuk tatapan readers semua.. here we gooooo!

ceritanya cenggini..masa kat sekolah dulu ramai kawan2 suruh check nama untuk senarai pelatih PLKN..mase tu fara pun excited lah kan..tiba2 nama 'FARAH NADHIRAH BINTI RIDZUAN', '890412-14-XXXX' ada dalam senarai..mau melompat2+jerit2+nangis dibuatnya.. sebab dalam beratus2 pelajar, fara one of them yang selected..rezeki..Alhamdulillah..

perasaan masa tu memang tak tau macam mana..nak kata suka, tak jugak.. nak kata tak suka pun tak jugak..biasa2 je.. pastu bile kat rumah, fara terus bagitau kat ibu..ibu cakap, pegi lah check on9 kat rumah my uncle(uncle man duduk same apartment with me but block lain..sekarang dia dah pindah kat Alam Damai).. petang tu fara pegi lah rumah uncle man..bukak website PLKN..lepas dah masukkan ic number, tup tup keluar satu paparan details2 yang berkaitan..

first sekali keluar nama, ic number, alamat.. lepas tu..yang tak tahannye bile tengok tempat latihan : KEM SG.RAIT, MIRI, SARAWAKKKKKKKK!!! oh noooo!! apakah ini benar semuanya? memang terkejut sangat2 masa tu..terus call ibu bagitau tempat kem tu..lepas dah print out, balik rumah dengan muka masam mencuka..sebab tempat tu jauh..plus, tak tau kat mana=(

after a few days, fara pun packinglah apa2 yang patut..beli baldi, hanger, toiletries semua..tracksuit,socks,getah rambut,towel,selimut(nak yang baru punya..hehe!) and macam2 lagi lah persediaan yang fara buat..mana taknye, lagi brape hari lagi nk 'terbang naik belon'.hehe! fara ingat lagi, masa Hari Raya Haji tu ibu buat makan2..so, dikesempatan ini fara jemputlah kawan2,aunty/uncle, nenek untuk datang ke rumah sekaligus untuk buat 'farewell' (farewell lah sangat)..sebab esoknya pagi2 lagi fara dah kena pergi=( so, hari tu memang semua spend time lah..makan,gossip2 semua..ramai yang bagi nasihat supaya jaga diri..jangan nakal2..blablabla

ok, kini tibalah masa yang ditunggu2..pagi2 lagi the whole family dah bangun nak hantar fara kat Stadium Bukit Jalil sana..sebab semua kena berkumpul situ..lepas dah check nama, kitorang pun naik bus..masa kat dalam bus tu, sedih sangat2=( tengok muka ibu, abah,adik2..memang nangis masa tu..sob sob sob=( lepas tu bus pun gerak menuju ke KLIA..family tak dapat hantar pergi sana..lagi bertambah sedih pilu lah kan..sepanjang perjalanan dalam bus, memang non stop hantar mesej kt ibu..pastu call..tapi masa tu nangis lagi..cengenggg! hehe!

masa berkumpul kat KLIA tu memang totally takde mood..sorang2 je..hehe! lepas dah check in luggage semua, kami pun masuklah kat dalam balai pelepasan.. call parents buat kali terakhir..chewahhh!then, its time to fly! from KL to MIRI ambil masa dalam 2jam jugaklah..i think so..sebab fara tidur je..hik3! and u know what guys? this is my first time naik flight..so, macam jakun sekejap..mintak mahapppp..fuhhh! ^_^

kitorang sampai MIRI malam..around 8 or 9 something..terus on handphone and call ibu=) and then, tibalah kami di KEM SG. RAIT, MIRI SARAWAK. first sekali kitorang kena berkumpul kat kantin sebab ada short briefing sikit..dahlah penat, pastu kena dengar taklimat pulak..sabo jelaaaa.. ok, lepas dah check nama and tau bilik kat mana, kitorang pun ape lagi.. serbuuuuu bilik..sebab dah penat sangat2..lemah longlai..tak berdaya..(ok tipu). oh ya, fara dapat Bilik P5A (Bravo Company)

2nd day, kitorang takde apa2 aktiviti pun..just diberi pelepasan untuk kemas locker,bilik semua.. then kitorg ada dapat pakaian rasmi PLKN..which is, CELORENG UNIFORM..tau kan? oklah kawan2, kita layankan gambar2 di bawah ni dulu ok.. check it outttt!Baju celoreng

Baju kelas


iyeee..yang tengah2 itu saya..ok,over.hehe!
ini adalah sebahagian daripada aktiviti2 yang telah kami jalankan

Sarawakian girls saya yang comel.. love fifi and cika! <3

overall, bila di ingat balik it was fun lah masa kat kem tu..seminggu dua memang damn bored! sebab tak dapat biasakan diri dengan environment kat sana..plus, communication pun terbatas sebab majoriti pelatih semua from Borneo side..orang semenanjung tu memanglah ada..tapi berkawan pun biasa2 je..fara rapat dengan roomate jelah..half from borneo and half from penincula.. best dapat roomates yang gila2 and sekepala.. love u all girls! especially to RAJES, MIZA, NORITA, JOWYNA, NAS, AIN, ENO, SUE, LAU, SHERRY, SITI, NORAY, CIKA.. I MISS U GUYS SO BADLY! =(

ok kawan2..so how dengan karangan saya yang berjela2 ni? sorry if bosan membacanya..hehe! fara just nak share dengan u olls saje.. oh ya! fara telah dikuarantin dalam kem tersebut selama 3 bulan u olls..after 3 month baru dapat pulang ke semenanjung..berjauhan dengan keluarga tercinta..tapi takpeeee..BERKHIDMAT UNTUK NEGARA!! hehe! next entry fara akan share something jugak buat tatapan umum..ape dia? jeng jeng jeng..tungguuuuu! ('',) daaaaa!
TAHNIAH WIRAWATI FARAH NADHIRAH!
kerana telah berjaya menamatkan latihan dalam tempoh yang diberikan..
TAHNIAH! =)
PLKN KUMPULAN 1/SIRI4/2007 ARE THE BEST!!!

2 comments:

Unknown said...

waa gambar2 kat plkn rndunye la ni la dlu mase kat miri kwn2 smua lame sgt xjmpe rndunye penyeri hdp ku plkn miri siri 4 kumpulan 1

Unknown said...

waa gambar2 kat plkn rndunye la ni la dlu mase kat miri kwn2 smua lame sgt xjmpe rndunye penyeri hdp ku plkn miri siri 4 kumpulan 1

Post a Comment